Monday, November 16, 2015

Program Pengurusan Berat

Selepas puashati makan akhirnya Program Pengurusan Berat bermula dengan sessi timbang berat badan petang tadi. 


Hari ni ada program kat Double Tree Hotel, sempat pulun macam2 dan harap2 boleh la control menu pas ni dan dapat turunkan berat...In Shaa Allah. Aamin.

Friday, November 13, 2015

FULLY LOADED

Program diet ditangguhkan seketika.

Tiba-tiba Kelab Sukan kat opis buat Program Turunkan Berat, ada pertandingan dan fitness class. Isnin ni start timbang berat so now process memberatkan badan dulu, lepas timbang kita all out diet n exercise..hehehe.

Hari ni tgh servis kereta n kebetulan ada Open Customer Day so food provided...so apalagi breakfast n lunch la puas2. Pas ni nak blk kg pulak so agenda jalan-jalan cari makan diteruskan dengan senang hati. Okay lah, takde diet takde cerita, kita sambung isnin nnti. Wassalam.

Wednesday, November 11, 2015

DAY 2

12.11.15 - dinner mlm smlm terbabas jugak mkn terlebih-lebih. Ayam masak minang tu...favourite!! Satu sebab lain, mcm biasa, tukang perabis nasi anak2 sbb sayang bila dorang tak habiskan...huhuhu.

Start semula today. 

> breakfast : overnight oat (Oat + Susu Low Fat + Madu + Kurma + Kismis + Gajus + Yogurt) tapi sebelum keluar rumah dah pekena pulak 2 ketul bun kacang merah. Air wajib before keluar, green tea campur madu. Rasa macam kena tukar startegy, overnight oat makan kat rumah je before keluar.

> lunch tapau dari rumah : sikit nasi + lebih lauk & sayur. Hari ni ada ulam petik kat rumah je. Lupa lagi nak bawak buah.

> Air min 3 litres sehari. Before lunch dah habis 2 litres...kipidap.

> Byk jalan/ bergerak 

> Nestle Greek Yogurt sebagai jajan

In Shaa Allah.

Masih belum berjaya ke gym bila tengok meja penuh and jadual pack next few days. Tapi sibuk tu mmg tak patut jadi alasan...kena gagahkan jugak ni...hmmm.


Tuesday, November 10, 2015

STEP 1 - CLEAN DIET KUNUN

Bismillahirrahmanirrahim.

11.11.15 - Baru lepas timbang, today 70.4kg.

Blom start exercise, aku nak monitor dulu diet aku, sebab aku jenis pemakan...hehehe. 


Fikir apalah diet yg sesuai ni...hmmm


Just by today, aku start la diet2/ healthy lifestyle dengan :

> breakfast : overnight oat (Oat + Susu Low Fat + Madu + Kurma + Kismis + Gajus + Yogurt + kadang-kadang tambah buah). Menu sunnah & sihat.

> lunch tapau dari rumah : sikit nasi + lebih lauk & sayur. Lupa bawak buah pulak



> dinner : ayam masak minang Noxxa (nak makan sedap jugak tu), tp try nasi sikit sesikitnya, kuah kurang, ayam (protein) lebih. Stok santan dah abis so lepas ni nak guna yogurt je ganti santan. 



> Air min 3 litres sehari 

> Byk jalan/ bergerak 

> Nestle Greek Yogurt sebagai jajan

In Shaa Allah.


PRELUDE

Aku...berusia pertengahan 30an, berat sekarang 71 kg (sedang berat tertinggi seumur hidup), tinggi...standard je...170cm...hmmm.

Aku sedang rasa tidak fit dengan current physical condition dan berazam untuk lebih sihat, cergas dan lebih confident. Paling penting kerana diriku begitu berharga dan aku sayang diriku...heh! :)

Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, usia pun makin meningkat ni, aku berazam nak improve my current physical and health condition. Alhamdulillah, so far takde apa-apa penyakit, tapi kena beringat la dari sekarang kan. Teringat satu statement ni :

"Allah jadikan kita, tapi apa yang terjadi pada kita, tubuh badan kita etc adalah apa kita buat pada diri kita"

Actually dah macam2 usaha buat tapi sama ada tak berjaya atau melingkup ditengah jalan. Now, harap2 dengan tracking di blog ni usaha dan semangat mantop, berterusan & berhasil....In Shaa Allah...Ameen.